Blogger news

Selamat Datang Ke Blog Menjejaki Perjalanan Islam

Rabu, 18 Desember 2013


   Assalamualaikum,sebelum saya menulis blog ini saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat kecacatan dalam penulisan saya ini.Pada kali ini saya ingin bercerita mengenai apa itu ISLAM. Adakah anda semua tahu apa itu ISLAM?Pasti ramai yang tertanya-tanyakan apa itu ISLAM. Okey ISLAM sebenarnya dari sudut bahasa adalah tunduk, patuh, menyerah diri dan sejahtera.Dari sudut istilah pula Isam membawa maksud taat kepada Allah S.W.T dengan sepenuh hati tanpa ragu serta tunduk dan patuh kepada segala perintah-Nya.

      Islam ini diturunkan untuk membawa manusia kepada kesatuan akidah, iaitu meletakan kepercayaan dan perhambaan hanya kepada Allah S.W.T. Walaupun setiap manusia berbeza-beza dari segi fizikal, paras rupa, miskin kaya tetapi tetapi mereka tetep mempunyai satu matlamat iaitu untuk mendapatkan keredaan Allah S.W.T. Agama islam ini telah dibawa oleh semua Nabi dan Rasul semenjak Nabi Adam A.S sehinggalah kepada Nabi Muhammad S.A.W.



      Namun begitu, manusia semakin berubah dari hari ke hari selepas para Nabi. Perhambaan kepada Allah telah bertukar menjadi perhambaan kepada manusia seperti golongan kaya menindas golongan miskin.Perkara ini berlaku kerana apa?Mungkin disebabkan kehilangan nilai-nilai yang baik didalam diri kita..Lebih menyedihkan lagi apabila terdapat golongan yang hanya Islam di atas nama sahaja..

           Dimanakah peranan kita sebagai khalifah di muka bumi ini, kemanakah perginya nilai-nilai yang telah di ajarkan oleh Nabi kita, Apa tanggungjawab kita sebagai hamba-NYA?Tepuk dada tanya selera, tanya diri kita sendiri kemanakah perginya nilai-nilai dan tanggungjawab kita..

   
03.17   Posted by S19379 with No comments

0 comments:

Posting Komentar

Tentang Saya

Widget


Search