Muhammad Afifi Al-Akiti
Kali ini tangan ini tergerak menulis sedikit sebanyak tentang seorang intelektual agama.Jika disebut Dr.Muhammad Afifi,siapakah yang tidak mengenali beliau.Pastinya rakyat Malaysia berasa bangga dengan pencapaian beliau yang sangat menakjubkan.Dalam usia yang begitu muda,beliau telah dilantik menjadi pensyarah di universiti terkemuka dan berprestij di dunia,Universiti Oxford dan merupakan anak Malaysia pertama yang dilantik menjadi felo pensyarah pengajian islam di Pusat Pengajian Oxford dan juga pensyarah pusat islam dalam bidang pengajian islam di fakulti Teologi,Universiti Oxford United Kingdom.
Sedikit latar belakang mengenai beliau
-Nama: Muhammad Afifi Al-Akiti
-Tempat Lahir: Batu Gajah,Perak
-Agama: Islam
-Bangsa:Melayu
-Pekerjaan Ibubapa: Guru
-Pernah dilantik sebagai Imam di Masjid Ireland
-Tersenarai pendek dalam anugerah Muslim UK tahunan atas sumbangan beliau yang besar dalam ilmu
pendidikan islam.
-Dilantik menjadi pensyarah di Universiti Oxford pada usia 34 tahun.
Tahun 2010,beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam negeri Perak,Pengistiharannya
telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak,Raja Nazrin Shah.
-Pendidikan:
-Mendapat pendidikan awal di beberapa sekolah di Selangor.
-Menyambung di beberapa pondok sekita Indonesia,Maghibi dan Syria
-Melanjutkan pendidikan di Universiti Queen Belfast (Dianugerahkan penuntut terbaik 2001 di Universiti
Queen)
-Meneruskan perjuangan beliau di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Universiti Oxford.
Dr Afifi merupakan hasil acuan daripada pelbagai ulama,sehingga beliau berjaya memberi sumbangan yang besar dalam dunia pada hari ini.Beliau telah menerima ijazah kelas pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains.Bermula dari situ,beliau mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk melanjutan pengajian beliau ke tahap yang lebih tinggi.Ketika mana menuntut di Universiti Oxford,beliau telah mendapat ijazah kedoktoran falsafah dalam bidang falsafah Arab Pertengahah(Medieval) sebagai seorang cendekiawan Clarendo pada tahun 2008.Bidang kepakaran beliau ialah dalam bidang Teologi Islam,Sejarah dan Sains.
Hasil tesis yang begitu menggagumkan telah diletakkan dalam kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus Madnun,dipersembahkan kepada teologis islam termasyur,Imam Ghazali(d,505,1111).Ianya memerlukan usaha yang begitu gigih dalam membuat kajian kira-kira 50 manuskrip arab zaman pertengahan(Medieval).Terdapat juga tiga hasil kajian beliau diterbitkan yang dapat menyajikan edisi kritis dan hasil kerja yang paling maju dan teknis dari korpus,manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.
Kepetahannya berbahasa dalam pelbagai bahasa menjadikan satu kelebihan buat beliau untuk berkomunikasi dengan pelbagai manusia.Antara bahasa yang dikuasai beliau ialah bahasa Latin,Arab,Inggeris,Jerman,Yunani dan Perancis.
Subhanallah,Allah yang telah memberikan anugerah kepada hambanya yang berusaha.Allah yang telah membimbing perjalanan beliau menjadi seorang ulama' dalam usia yang begitu muda.Semoga Dr.Muhammad Afifi diberkati Allah dan terus berjaya memberikan sumbangan buat umat islam dan yang lainnya.
Baru-baru ini saya berkesempatan berada dalam satu majlis dan antara ahli panelnya adalah beliau sendiri.Insyallah akan saya kongsikan sedikit sebanyak tentang apa yang telah dikupas beliau dalam majlis tersebut pada post yang kan datang.Doakan dipermudahkan:)

0 comments:
Posting Komentar